Khamis, 15 Disember 2016

Budak Lelaki Berusia 12 Tahun Mati Diseksa Oleh Pasangan Suami Isteri Kerana Dituduh Merogol Budah 5 Tahun.

Seorang budak lelaki berusia 12 tahun, meninggal dunia dalam keadaan menyedihkan apabila dia diseksa hingga mati oleh sepasang suami isteri yang menuduh budak itu merogol anak perempuan mereka yang berusia lima tahun.

Pemeriksaan yang dijalankan ke atas kanak-kanak perempuan berkenaan bagaimanapun tidak menemui bukti dia dirogol.

Budak tersebut, yang merupakan anak yatim piatu, telah diculik dan diikat di kerusi, sebelum dipukul dengan penukul selama beberapa jam.

Dia kemudiannya ditikam dan dilemaskan dengan menggunakan beg plastik serta kusyen.

 Mangsa dibunuh selepas melalui penderitaan selama 10 jam.  Pembunuhan itu dilakukan oleh pasangan suami isteri, Johana Mora Villagran dan Pablo Morales Correa. 

Mereka dibantu oleh dua lagi jiran mereka di Temuco, Chile.

Sementara itu, pendakwaraya, Roberto Garrido memberitahu salah seorang daripada suspek telah menyediakan tempat untuk menyeksa budak terbabit manakala yang lain terlibat dalam penderaan itu.

“Ibu bapa kepada kanak-kanak perempuan itu telah membunuhnya,” katanya.

Mayat mangsa ditemui di bawah katil dan dibalut dengan selimut, beberapa jam selepas dibunuh.

“Daripada kenyataan yang diambil dan pemeriksaan di tempat kejadian, kita percaya mayat itu disembunyikan dengan niat untuk dibuang namun mereka tidak mempunyai masa untuk membuang mayat tersebut,” kata Roberto. – Mynewshub
loading...