Jumaat, 2 Disember 2016

Mahasiswi Dirogol Sebelum Dibunuh.

Nisa Nurhayati berusia 19 tahun di percayai telah menjadi mangsa rogol sebelum di bunuh.
Rumah Nisa
Seorang mahasiswi Akademi Perubatan ( Akper) Pemkab Garut telah di temui mati di rumahnya Perum Banyuherang, Block D4, Desa Cipicung, Kecamatan Banyuresmi pada hari Jumaat pukul 1 pagi.

Mahasiswi yang di kenali sebagai Nisa Nurhayati berusia 19 tahun di percayai telah menjadi mangsa rogol sebelum di bunuh.

Mangsa telah di temui dalam keadaan yang berlumuran darah di dalam biliknya.

Yeyen Sumiarti berusia 31 tahun merupakan jiran serta saksi pertama yang mendengar suara mangsa menjerit-jerit kerana kedudukan rumah mereka yang bersebelahan. 

"Saya baru sahaja masuk tidur pada pukul 12 malam. Sekitar jam 1 pagi, saya terdengar suara orang menjerit serta memanggil ibu beberapa kali," kata Yeyen sambil melakonkan semula jeritan tersebut.

Ketika dia mendengar jeritan mangsa, Yeyen terus bergegas ke rumah jiran-jirannya yang lain untuk mengajak mereka menemaninya bagi memeriksa keadaan rumah mangsa.

Yeyen bersama penduduk kampung pun pergi ke rumah mangsa bagi memeriksa keadaannya.

"Saya telah mengetuk pintu rumah mangsa tetapi dia tidak membuka pintu jadi saya pun terus melihat melalui lubang kecil di pintu rumah tersebut bagi melihat keadaan di dalam rumah mangsa. Ternyata terdapat seorang lelaki yang tidak berbaju baru sahaja keluar dari bilik yang berada di depan dalam keadaan seperti kebingungan," katanya.

Yeyen serta penduduk kampung tidak berani untuk membuka pintu. Mereka telah melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis.

Ketika pihak polis tiba di lokasi kejadian, magsa telah di temui dalam keadaan terbaring dengan berlumuran darah di katilnya.

"Suspek dipercayai telah melarikan diri melalui tingkap belakang. Laptop serta telefon bimbit mangsa juga telah tiada. Mangsa dikatakan telah dirogol sebelum dibunuh," katanya. 
loading...