Rabu, 7 Disember 2016

Video Ngeri Wanita Mengandung Maut Ditembak Ketika Menari.

BATHINDA - INDIA. Seorang wanita maut mengandung maut selepas terkena tembakan 'meraikan perkahwinan', Sabtu lalu.

Laporan NDTV mengatakan Kulwinder Kaur terkena tembakan oleh penembak, Billa ketika menari di atas pentas.

Suami Kulwinder, Harjinder Singh mendakwa kejadian tersebut bukan disengajakan dan Billa sengaja menembak isterinya.

Sementara itu, pihak berkuasa menganggap kejadian tersebut sebagai 'tidak disengajakan' sehinggalah siasatan selesai.

"Maklumat lanjut akan diberikan selepas bedah siasat," kata pegawai polis, Daljit Singh.

Saksi juga mendakwa kejadian tersebut tidak disengajakan selepas menyaksikan senapang patah yang digunakan Billa tersekat dan tiba-tiba menembak mangsa. ‎

Mangsa merupakan ahli kumpulan muzik yang sering membuat persembahan di majlis perkahwinan.

loading...