Khamis, 26 Januari 2017

3 Gambar Cerita Sebenar Gambar Viral Bayi Cium Arwah Ibu

Sejak beberapa hari lalu, viral di laman media sosial dua keping gambar wanita meninggal dunia selepas bersalin, lebih memilukan apabila bayi itu mencium pipi wanita yang telah berjaya mengandung serta melahirkannya ke dunia ini dengan selamat.

Ibu muda berkenan dikenali bernama Nadia Kasim meninggal dunia selepas melahirkan anak pertamanya dengan cara pembedahan.

Echa Tahili yang merupakan rakan arwah berkata, Nadia Kasim meninggal pada 17 januari lalu, katanya lagi Nadia Kasim meninggal selepas 7 hari bersalin akibat pendarahan.

Hingga kini kisah Nadia wanita asal Manado ini masih menjadi perhatian natizen dilaman media sosial, ramai natizen mengucapkan takziah kepada ahli keluarga dan mendoakan anak arwah yang diberi nama Afifah Adawiyah senantiasa sehat.

Suaminya bernama Anto 26 tahun hanya mampu meratapi pemergian wanita yang dia nikahi pada awal tahun 2016 lalu, siapa sangka pasangan suami isteri yang baru sahaja setahun mendirikan rumah tangga di pisahkan oleh ajal.

Salah seorang  yang mengenali Anto mendedahkan, bahawa Anto juga kehilangan ibunya semasa dia masih berusia bayi lagi.


loading...