Selasa, 24 Januari 2017

5 Gambar Ngeri Lelaki Maut Dibelit Ular Sawa.

Seorang lelaki bernama Wahyu berusia 22 tahun telah ditemui mati dipercayai dibelit seekor ular sawa sepanjang enam meter lebih yang cuba ditangkapnya pada khamis malam semalam.

Mangsa yang merupakan penduduk Jalan Poros Desa Payarumbai Pekan baru, Indonesia telah ditemui oleh Leo Sembiring berusia 60 tahun.

Tak jauh dari lokasi mayat ditemukan, ular berkenan turut ditangkap penduduk Desa Payarumbai ysng bersembunyi didalam parit kecil kebun sawit itu.

Menurut keterangan rakan mangsa, Wahyu sememangnya merupakan pemburu ular sawa, biasanya dia akan ditemani oleh rakannya, namun pada malam kejadian dia memburu seorang diri, kemungkinan ular yang terlalu besar tidak dapat di lawan katanya.


Ketika ditemui, selain dari keadaan badannya yang sudah lembek, terdapat beberapa kesan lebam pada mayat lelaki itu, dipercayai kesan dibelit ular sawa.




loading...