Khamis, 26 Januari 2017

Abah Tangan Abang Boleh Tumbuh Lagi Kan?

Abah tangan abang boleh tumbuh lagi kan?kata  kanak kanak 6 tahun Jamaludin Muhammad kepada bapanya yang tidak berpaling dari menatap wajah anaknya yang terpaksa kehilangan dua tangan selepas digilis mesin pembuat batu bata di Kampung Cisanta jawa barat.

Dalam ruangan itu, sesekali bapanya itu tertunduk lesu memikirkan masa depan anaknya hidup tanpa dua tangan kini menjadi beban fikirannya.

Heryadi 28, Ayah Jamal, menceritakan kejadian, pada sabtu pagi minggu lalu, dia membawa anaknya itu ke tempat kerja berhampiran rumah kerana tidak ada yang menjaga anaknya memandangkan isterinya baru sahaja bersalin anak kedua mereka.

“Sebelum bekerja, saya menghidupkan mesin, sebelumnya juga saya sudah melarang anak jangan memasukkan tanah ke mesin,” ujar Heryadi, di hospital Pasteur, Kota Bandung, Rabu (25/1/2017).

Heryadi mengatakan, ketika dirinya tidak berada di depan mesin , tiba-tiba anaknya menolong menolak tanah supaya masuk ke dalam mesin.

Namun, tangannya kiri ikut di telan mesin sampai kebahu,manakala tangan kanan cedera parah Ia tidak menangis waktu itu, hanya mengatakan’mama’,” ujar Heryadi. 

Setelah kejadian, Jamal mematikan mesin dan menarik tangan jamal sebelum dibawa ke hospital, namun sayang kedua tangan anaknya itu terpaksa di potong,untuk menyelamatkan nyawa jamal.

Menurut Heryadi, dia terpaksa berbohong kepada anaknya Yang mersa di panggil abang itu apabila anaknya menanyakan adakah tangannya akan tumbuh semula?


Bagaimanapun dengan keadaan ekonomi Heryadi dan isteri yang baru bersalin berharap jamal mendapat bantuan tangan palsu untuk memenuhi cita-cita jamal yang ingin menjadi pakar bahasa inggeris dan Komputer. semoga saja ada jalan terbaik untuk anak kami,luah heryadi.

loading...