Rabu, 25 Januari 2017

Ajal Bersama Bayi Kembar.

Seorang suami yang mengharapkan kegembiraan atas kelahiran bayi kembarnya berubah menjadi pilu apabila isteri serta bayi kembarnya meninggal dunia.

Kejadian yang memilukan ini menjadi viral dilaman media sosial selepas ahli keluarga mendakwa bahawa punca kematian anak dan cucu mereka adalah atas kelalaian pihak hospital wilayah Filipina yang kurang cepat memberikan tindakan.

Dipetik dari viral4real, mangsa bernama Chiely Mae Geronca Yulo dibawa keluarga ke hospital berkenaan kerana hendak bersalin.

Chiely yang sudah tidak mampu berjalan di bawa masuk ke dalam bilik Icu, namun di dalam bilik berkenaan tidak ada seorang doktor pun yang memberikan bantuan rawatan.

Pihak keluarga juga sudah cuba meminta petugas agar anak mereka segera di berikan rawatan, akan tetapi jururawat dan doktor mendahulukan pesakit lain.

Menurut keterangan ahli keluarga mereka di suruh menunggu giliran sesuai dengan urutan nombor.

Hingga pada akhirnya Chiely dan bayi kembarnya meninggal dunia.


Hingga ketika ini pihak keluarga mangsa menuntut keadilan dimahkamah, bahkan mereka cuba menuntut keadilan kepada president Rodrigo Duterte.
loading...