Rabu, 25 Januari 2017

BapaTerkedu Lihat Mayat Bayi Dibunuh Pasangan Sejoli Dengan Kejam.

Sepasang suami isteri hanya mampu meraung dan menyesali kesilapan selepas anak perempuan mereka yang berusia 2 tahun ditemui maut dalam keadaan menyayat hati, Deeva Zahara dipercayai dibunuh dan mayatnya di buang ke longkang oleh penjaga bayi yang merupakan pasangan sejoli yang belum berkahwin.

Menurut Keterangan dua tertuduh yang ditahan,sebelum mereka melakukan aksi brutal itu, Suharman 20 tahun mengaku cemburu karena kekasihnya Yuspika Ayunda (vika) 24 yang lebih memberikan perhatian kepada bayi tersebut.

Vika adalah pengasuh yang dipercayai kedua orang tua bayi selama mereka bekerja, Vika diketahui tinggal seorang diri yang tidak jauh dari rumah mangsa.

Dalam kejadian itu Suharman berkebetulan berada di rumah Vika dan Vika meminta tolong untuk menjaga mangsa sekejap kerana ada hal penting di luar.

Dalam jagaan mangsa kerap menangis dan merengek, dengan penuh kebencian Suharman memukul tubuh bayi ke lantai sebanyak 4 kali, kemudian di tekap muka dengan niat melemaskan sebelum mencekiknya sehingga mati, dalam kejadian pada Rabu yang lepas sekitar jam 11.00 pagi.

Dengan keadaan tidak bernyawa, Suharman memberitahu kejadian itu kepada Vika, Vika kemudian menyarankan agar kejadian itu diberitahu kepada ibu bapa mangsa.

Akan tetapi Suharman enggan untuk berterus terang dan mereka sepakat untuk membawa mayat bayi yang sudah membiru itu ke rumah Suharman.

Katanya kedua pasangan ini sempat tidur dalam satu bilik bersama mayat bayi sebelum membuangnya pada keesokan harinya.

Bagaimana pun aksi kedua-duanya telah dibongkarkan oleh pihak polis selepas penemuan mayat bayi hampir membusuk di jalan asahan siantar medan kelmarin.

Menurut cerita ibu mangsa, sebelum kejadian itu dia menghantar anaknya kepada Vika yang di dikenalinya sebulan lalu, menurutnya perkenalan mereka bermula dari tempat kerja yang sama.

Ketika ditanya dimana anaknya, Vika menjawab tidak tahu, malah ketika itu Vika ikut mencari mangsa yang di nyatakan hilang.

“Sebelum meninggalkan anak kepadanya, kami tak ada masalah dan saya sangat terkejut, satu bulan saya memberinya menjaga” katanya.

Sementara ayah bayi hanya mampu memeluk jasad anaknya yang sudah hampir membusuk yang dibalut dengan selendang ,dakapan itu tidak lepas bermula dari hospital sehingga dia membawa jenazah anaknya menaiki motor bersama ahli keluarganya yang lain.

Dalam perjalanan dia tertunduk lesu, sesekali dia mendekatkan wajahnya ke tubuh bayi yang sudah kaku, dari raut wajahnya nampak tergores kepedihan yang mendalam.

Sementara pihak polis jalan asahan mengesahkan kejadian, katanya Suharman adalah suspek utama pembunuhan sementara Vika yang juga di katakan hamil luar nikah masih dalam siasatan lanjut.


Kedua-dua suspek disabitkan dengan Undang-Undang Perlindungan Anak dengan hukuman 15 tahun penjara.





loading...