Sabtu, 7 Januari 2017

Bayi Meninggal Dunia Akibat Bermain Telefon Pintar.

Seorang ibu dari Khazakhstan yang baru sahaja terjaga dari tidur merasa pelik apabila mendapati rumahnya sangat sunyi dan dengan perasaan yang curiga serta berasa tidak sedap hati dia pun telah bergegas ke bilik tidur anak perempuannya.

Wanita tersebut mendapati anak perempuannya terbaring kaku tanpa memberikan sebarang tindak balas serta dia mendapati anaknya itu sudah tidak bernafas.

Dia kemudiannya membalut anaknya dengan menggunakan selimut dan bergegas ke hospital dengan harapan anaknya itu masih dapat di selamatkan.

Malangnya doktor telah mengesahkan bayi tersebut telah pun meninggal dunia akibat daripada kecederaan yang di alaminya itu.

Menurut doktor, bayi tersebut meninggal dunia akibat daripada terkena kejutan elektrik berdasarkan kecederaan yang terdapat pada lengan serta kakinya.

Mereka mengesyaki mungkin semasa kanak-kanak tersebut sedang bermain dengan telefon pintar yang sedang di cas, dia mungkin telah menggigit wayar pengecas tersebut sehingga mengakibatkan kematiannya.

Salah seorang jururawat yang merawat bayi tersebut telah menangkap gambar bayi malang tersebut dan memuat naik ke laman media sosial bersama mesej " Jangan biarkan bayi anda dengan pengecas tanpa pengawasan".

Jururawat tersebut juga menasihatkan ibu bapa mengenai cara yang terbaik untuk perkembangan otak bayi yang sedang membesar adalah dengan memberikan alat mainan atau objek-objek fizikal lain yang mampu merangsang pemikiran anak-anak.

Ia merupakan mesej yang ringkas serta mudah tetapi amat mendalam maksudnya bagi menggesa ibu bapa supaya lebih berhati-hati dalam memilih permainan anak-anak mereka.


Semoga semua ibu bapa dapat mempelajari pengajaran serta motif tentang cerita tersebut agar lebih berhati-hati dan tidak akan sewenang-wenangnya meninggalkan anak mereka tanpa pengawasan.
loading...