Khamis, 26 Januari 2017

Bekas model Kena Kecaman Selepas Video Dia Cium Sambil Masukkan Lidah Dalam Mulut Anaknya Tersebar.

Bekas model Playboy yang berasal dari Argentina, Belen Rodriguez telah menjadi bahan kecaman di media sosial selepas berkongsi klip video yang menunjukkan dia mencium sambil memasukkan lidah ke dalam mulut anak lelakinya yang berusia tiga tahun.

Belen, 31, yang kini menetap di Milai, Itali, dikritik kerana melakukan perbuatan yang memalukan malah ada yang menyifatkan ia sebagai erotik.

Bagaimanapun bagi yang menyokongnya pula telah mempertahankan ciuman tersebut. Tidak kurang pula yang melihat Belen hanya menjilat krim yang melekat di pipi anak lelakinya itu.

Klip video itu telah dirakamkan di sebuah restoran dan ia dimuatnaik dalam instagramnya yang mempunyai kira-kira lima juta pengikut.

Belen, telah bercerai dengan bapa kepada anaknya itu yang juga seorang penari, Stefano De Martino, pada bulan Disember 2015.

Dia pernah menjalinkan hubungan selama beberapa tahun dengan penyerang Itali, Marco Borriello, yang ketika itu bermain untuk AC Milan.

Namun aksi Belen yang melakukan seks secara terbuka di tempat awam di Maldives bersama dengan kekasihnya ketika itu, Fabrizio Corona pada 2009, telah menjadikan namanya sebagai tajuk utama media.-Mynewshub.cc
loading...