Ahad, 22 Januari 2017

Ibu Kejam Sembelih Dan Kerat Bayi Sendiri Sebelum Buang Ke Dalam Longkang.

"Saya terkejut apabila saya mengangkat guni dari dalam longkang rupanya ada bayi di dalamnya," kata Muninir 40 tahun iaitu orang pertama yang menemui bayi lelaki dalam keadaan usus terburai dan mengerikan di kampung Batu tapel lombok tengah Indonesia.

Terkejut dengan penemuan itu Muninir memaklumkan kepada penduduk setempat yang lain dan mengangkatnya kesalah sebuah rumah penduduk setempat sebelum memaklumkannya kepada pihak polis.

Setelah bungkusan guni itu di buka, rupa-rupanya luka pada bayi bukan hanya di bahagian perut malah leher bayi juga hampir putus dipercayai disembelih sebelum di buang.

“Saya cuba melihat mayat bayi, ternyata ada luka dilehernya seperti sudah disembelih dan juga diperut bahagian kananya luka koyak hingga terlihat isi dalam perutnya,” kata Amaq Janah salah seorang warga.

Manakala hasil siasatan awal mendapati, tidak jauh dari lokasi penemuan mayat terdapat tompokan darah dan selipar berwarna biru dipercayai lokasi awal bayi itu dibuang sebelum dihanyutkan air dalam longkang.

Tak sampai 24 jam pihak polis telah menahan seorang wanita yang belum berkahwin  dipercayai ibu bayi tersebut atas aduan penduduk kampung.

Menurut keterangan wanita berkenaan, dia melahirkan bayi tersebut di dalam bilik mandi dalam keadaan panik dia mengambil sebilah pisau dan mengerat bayinya sehingga meninggal dunia sebelum memasukkannya ke dalam guni dan membuangnya ke dalam longkang sebelum diketahui orang lain.

Bagaimana pun wanita berkenaan turut mendedahkan ayah kepada bayi tersebut dan terpaksa membunuh bayinya itu kerana kekasihnya  itu enggan untuk bertanggungjawab atas kehamilannya.






loading...