Rabu, 18 Januari 2017

Ibu Tikam Anak 28 Kali Selepas Mendengar Bisikan Ghaib.

Kes pembunuhan seorang ibu sanggup menikam anak kandungnya yang berusia 2 tahun 6 bulan kini dalam proses penyiasatan lanjut.

Menurut pengakuan tertuduh Pretty Juliana melihat ada bayangan perompak yang masuk ke rumah abangnya, ketika itu juga dia mendengar bisikan ghaib,bunuh! bunuh! bunuh!

Ketika itu dia mengambil dua bilah pisau dan terus menikam anaknya yang di sangka perompak berkali-kali sehingga maut.

Juliana yang seolah dirasuk tak menyangka bahawa yang di tikam itu adalah anak kandungnya sendiri.

Selain itu menurut saksi kejadian selepas dia membunuh anak kandungnya , Juliana sempat menakut-nakutkan anak abangnya yang berusia 10 dan 8 tahun dengan mangacukan pisau yang digunakan untuk membunuh mangsa.

Kerana ketakutan, kedua kanak-kanak berkenan melarikan diri tetapi salah seorang dari mereka sempat terkena pisau yang masih dipegang oleh tertuduh sebelum mengadukannya kepada ibu mereka.

Bagaimanapun kes pembunuhan berkenaan bakal dihentikan dan suspek tidak akan dikenakan hukuman jika benar suspek mengalami sakit mental, disampaikan oleh Kapolsek Delitua, Kompol Wira Prayatna

Dari hasil beberapa keterangan saksi, sebelumnya suspek tidak pernah dilihat mengasari anaknya itu apatah lagi memukulnya.

Oleh sebab itu pembunuhan tersebut berkemungkinan besar dilakukan tanpa disedari,ujarnya.

Sementara hasil bedah siasat mendapati mangsa mati akibat kehabisan darah kerana luka tikaman dibahagian dada dan perut.

loading...