Selasa, 24 Januari 2017

Isteri Keputihan Dibunuh Suami Disangka Curang Dengan Jantan Lain

Seorang lelaki Muzakir ditangkap dan dipenjara seumur hidup dimahkamah kelmarin selepas didakwa membunuh isterinya Novanti 29 dengan memukul bahagian kepalanya dengan batu hingga meninggal dunia.

Novanti di temui oleh penduduk kampung dengan tidak bernyawa dan kecederaan teruk dikepala dalam rumahnya dipercayai dibunuh oleh suaminya hanya kerana salah paham. Menurut sumber Novanti yang keputihan di sangka suaminya baru habis melakukan hubungan intim dengan lelaki lain.

Kejadian tragis yang berlaku di lampung ini bermula dari Muzakir yang baru sahaja balik kerja dan terus ke bilik mandi untuk membersihkan diri, dalam bilik mandi dia mendapati percikan putih berlendir seperti air mani.

Tanpa menyiasat terlebih dahulu Muzakir terus menuduh isterinya berlaku curang dan menjalinkan hubungan dengan lelaki lain.

Pertelingkahan mulut pun berlaku hingga Muzakir membogelkan isterinya untuk mencari bukti, sebaik sahaja Muzakir melihat kemaluan isterinya yang berlendir, kemarahannya semakin menjadi jadi hingga Muzakir cuba memaksa isterinya mengaku dengan cara kasar.

Tidak cukup dipukul dengan tangan, Muzakir juga memijak isterinya dengan beberapa kali, hingga ia gelap mata mengambil batu dan memukul kepala isterinya sampai mati.

Muzakir di tahan oleh pihak polis Lampung sehari selepas dia membunuh isterinya. Menurut saksi kejadian, Muzakir dilihat tergesa-gesa keluar dari kampung berkenan sebelum mayat isterinya ditemui oleh penduduk kampung.

Menurut penduduk setempat Muzakir adalah seorang lelaki yang jarang bergaul dan tidak memiliki pendidikan sama sekali, dimaklumkan juga bahawa Muzakir dan Novanti baru sahaja sebulan berkahwin sebelum pembunuhan itu berlaku.

Bagaimanapun Muzakir selepas ditahan, mengaku kesilapannya dan menyesal atas apa yang dia lakukan kepada isterinya.
loading...