Ahad, 29 Januari 2017

Isteri Tangkap Suami Kantoi Curang Ketika Bersetubuh Di Rumah Sendiri.


Hati isteri mana yang tidak terguris andai kata berkali-kali dia di khianati oleh suaminya yang melakukan kecurangan bukan hanya di belakang malah secara terang-terangan juga si suami itu sanggup lakukan.

Ikuti luahan sedih seorang isteri terhadap suaminya ini yang sememangnya telah berkali-kali menyakiti hati isterinya.

Saya seorang isteri berusia 24tahun manakala suami saya berusia 41 tahun, kami dikurniakan 3 orang cahaya mata.

Saya berkahwin ketika umur 18tahun dan ketika saya berkawin dengan suami yang berstatus duda, saya ini merupakan isterinya yang ke-4 kerana dia ini asyik kahwin lepas itu cerai tetapi berbeza dengan hubungan kami yang dah hampir 6tahun.

Tujuan saya untuk bercerita kisah saya ini kerana ingin meluahkan rasa hati dengan kelakuan suami saya yang pernah curang dengan saya sebanyak 4kali dan semuanya kantoi dengan saya secara terang-terang sampaikan saya pernah berjumpa dengan dia sedang bersetubuh dengan perempuan lain di rumah saya sendiri pun ada.

Tapi semua yang terjadi saya memaafkannya sehinggalah 6 tahun hubungan kami berkekalan.

Saya bukan bodoh tetapi saya terlalu sayangkan dia sehinggalah  saya d kurniakan 3orang anak yang masih kecil-kecil lagi dan di sebabkan itu juga hubungan kami tidak boleh terputus.

Sebenarnya saya nak menceritakan pekara yang baru sahaja berlaku. suami saya ada seorang kawan bernama N tetapi saya panggil dia dengan panggilan pakcik dan nak di jadikan cerita pakcik ini ada seorang ank perempuan berusia dalam 17tahun bernama L.

L ini seorang budak yang gedik sangat-sangat bila kawan lelaki ayah dia datang mesti dia akan datang menggedik, cubit-cubit, tepuk-tepuk, tumbuk-tumbuk pastu lari kejar lelaki. 

Saya tengok dia ini normal saja tapi perangai dia terlalu gedik membuatkan saya meluat, nak di jadikan cerita pada sabtu lepas saya dan suami datang ke 1 majlis pertunangan anak kawan suami yang lain, datang saja kami terus minum dan makan duduk 1 meja.

Tak lama lepas itu pakcik N datang sekeluarga dengan anak-anak dan isteri dia, anak dia yang si L ini mulalah gedik dia datang. 

Saya pandang saja gelagat dia yang tergelak-gelak sambil tepuk-tepuk dan cubit-cubit kawan-kawan lelaki ayah dia yang bujang, tak lama lepas itu saya punya anak yang paling kecil tidur dan suami pun arahkan saya ke kereta buka aircond dia suruh saya masuk kereta dulu sebab dia nak salam semua orang di majlis itu. selesai dia salam-salam dia masuk kereta sambil dia kata,,"ADOI RAYBAN AYAH ITU BARU SAJA BELI DAH KENA AMBIK" saya pelik jadi saya pun tanyalah "SIAPA YANG AMBIL" suami pun jawab anak kawan dia yang SI L itu.

Dia kata masa dia nak salam PAKCIK N. si L datang dekat dia kata nak cuba speck rayban dia yang baru semalam saya belikan. dia pakai terus kata tak nak bagi semula, suami Nak minta tapi suami kata malu dekat kawan dia si pakcik N.

Hati saya sangat sakit bila si L buat macam itu.

Lepas itu sabtu baru ini bila di rumah pakcik N pula ada jemputan kawin anak perempuan dia yang besar.  saya tak dapat ikut sekali sebab anak-anak dan saya tak berapa sihat, sebelum suami pergi saya pesan dekat suami jangan di layan perempuan itu, lepas itu saya tak tahu apa yang terjadi dekat sana.

Hari Isnin ini suami pergi kerja tapi handphone suami tinggal dekat saya. saya silent kan handphone dia, tak lama lepas itu saya ambil handphone suami tengok ada 7 kali miss call. saya tengok nama SI L. saya call lah dia tak angkat, tak lama itu dia call semula, saya angkat dan dia bagi salam dengan suara yang terlalu gedik, lepas itu saya tanyalah siapa ini tapi bila dia dengar suara saya, dia matikan handphone dia.

Saya call dia tapi dia tak nak angkat, saya mesej-mesej pun dia tak balas sampai saya ugut dia nak bagi tahu ayah dia sebab call suami orang tapi dia tetap tak balas. saya call lagi tapi dia tetap tak nak angkat. akhirnya saya buat keputusan mesej dekat nombor ayah dia dan bagi tahu pasal anaknya yang asyik telefon suami saya.

Ayah dia pun tak balas juga, saya rasa pelik sebab selalunya memang macam ini, anak dia gedik-gedik pun dia buat tak tahu jek, pukul 5 suami balik saya pun cakap pasal budak perempuan itu dekat suami tapi suami kata biarlah budak-budak, dalam hati saya budak-budak lagi ke umur 17tahun gedik-gedik.

Sejak hari Isnin saya dan suami macam renggang sikit di sebabkan budak perempuan ini, hari ini pakcik N datang kerja, saya tak tahu apa yang pakcik cakap dengan suami saya. tadi pukul 9 suami rehat suami balik rumah bertekak dengan saya, pasal saya mesej pakcik mengadu pasal anaknya.

Suami kata kalau tak ada sebabkan anak-anak masih kecil dia nak lepaskan saya dan buat haluan masing-masing. 

Hati saya sungguh sakit bila suami tak bela saya pasal hal ini, suami bermasam muka dengan saya dari tadi, balik rehat dia makan dia langsung tak pandang muka saya.

Besar sangat ke kesalahan saya, saya pun ada hati dan perasaan,
Memang patut saya bagi tahu pakcik N tentang anak dia yang mengganggu suami saya.

Kenapa selalunya bila ada kesalahan sikit akan jadi macam ini, dia nak saya merayu melutut baru dia maafkan seperti sebelum-sebelum ini, masa dia curang dulu pun saya yang melutut dekat dia sampai kami baik semula.  

Kenapa nasib saya seperti ini, apa patut saya buat.
Anak masih kecil lagi anak no1 umur 4 tahun, no 2 baru 2 tahun dan paling kecil 1 tahun.
Terlalu buntu saya di buatnya.-Kisah Rumah Tangga
loading...