Khamis, 12 Januari 2017

Kematian Mahasiswi Dengan Kesan Kelar Di Leher Masih Manjadi Misteri.

Jakarta barat, penemuan mayat seorang mahasiswi university di  Indonesia Unggul dalam keadaan penuh dengan kesan luka tikaman dibahagian badan serta leher di kelar di bilik rumah sewanya di Jalan H Asmat Ujung, Perumahan Kebon Jeruk Baru, Jakarta Barat, pada Isnin yang lepas menjadi misteri apabila saksi-saksi memberikan keterangan yang berbeza-beza.

Mangsa iaitu Tri Ariyani Puspa Arum 22 tahun, maut akibat luka di kelar di bahagian leher dan tikaman di punggung serta bahagian dada.

Setengah jam sebelum penemuan mayat mangsa, dua orang saksi yang merupakan lelaki warga nigeria telah mendengar suara dua orang perempuan sedang bergaduh mulut di dalam bilik mangsa, tidak lama selepas itu terdapat seorang lagi perempuan datang ke bilik tersebut, wanita itu kemudian keluar dalam keadaan ketakutan dan membuat satu panggilan telefon seolah-olah sedang meminta tolong.

Manakala saksi kedua mendapati seorang lelaki yang mempunyai parut di muka kelihatan berdiri di depan pintu rumah sewa mangsa antara jam 4.50petang sehingga jam 5.30 petang sehari sebelum mangsa  di bunuh.

Saksi itu menceritakan bahawa lelaki berkenaan berbincang dengan Arum seolah saling kenal antara satu sama lain.

Manakala ibu mangsa Sri Ratna 53 tahun berkata anak bongsunya itu sempat menceritakan bahawa rumah tempat tinggalnya seperti sedang di perhatikan oleh seorang lelaki tidak di kenali yang selalu memerhatikannya dari luar rumah.

Zainal Abidin iaitu kekasih mangsa datang selepas dihubungi kawannya Hernita seperti mana keterangan saksi pertama(diihat seorang wanita membuat panggilan), Zinal berkata dia sempat membuat panggilan telefon kepada mangsa namun mendengar pergaduhan antara dua orang wanita, kemudian dia menyuruh Hernita pergi ke rumah mangsa yang kebetulan tidak jauh dari rumahnya.

Selepas sampai dia melihat mayat mangsa berlumuran darah berada di dalam bilik mandi dengan keadaan terduduk dan penuh kesan luka, kemudian dia membuat panggilan kepada Zinal sebelum melaporkannya kepada pihak polis.

Menurut keterangan Zinal dia dengan mangsa tidak lama lagi akan bertunang, namun siapa sangka maut telah memisahkan jodoh mereka.

Sementara malam sebelum kejadian Iqbal rakan sekerja mangsa berkata bahawa mereka sempat berbual dengan mangsa melalui aplikasi whechat dan mangsa ada menceritakan  bahawa dia tidak dapat tidur kerana takut akan sesuatu yang tidak mampu dia katakan.

Keesokan harinya, Arum akhirnya ditemui sudah tidak bernyawa dengan luka kelaran di leher. kematian secara mengejut gadis ini  membuatkan Iqbal terkejut


Bagaimanapun Ketua Bahagian Hubungan Masyarakat Polda Metro Jaya Raden Prabowo Argo Yuwono mengatakan, wanita bernama Tri Ari Yani Puspo Arum itu di syaki telah menjadi mangsa pembunuhan dan sehingga kini pihaknya masih lagi menjalankan siasatan lanjut.
loading...