Sabtu, 14 Januari 2017

Kerana Harta Abang Sanggup Membunuh Adik Sendiri.

Seorang abang kandung tergamak membunuh adik perempuannya sendiri hanya kerana tidak berpuas hati dengan pembahagian harta warisan.

Murniati 22 tahun yang merupakan pelajar Universiti muhammadiyah ditemui maut dalam keadaan yang memilukan dalam biliknya sendiri di Cipayung Jakarta Timur dua hari yang lepas.

Pada awalnya pembunuhan berkenaan di klasifikasikan sebagai mangsa rompakan, namun setelah pihak polis mendalami kes, seorang lelaki berusia 31 tahun iaitu abang kandung mangsa sendiri merupakan seorang penganggur telah di tahan sehari selepas kejadian.

Pihak polis telah membuat andaian bahawa terdapat penglibatan ahli keluarga mangsa sendiri dalam kes pembunuhan selepas pihak polis menemui beberapa bukti dan juga jejak, salah satunya adalah pintu depan rumah tidak rosak  dan tidak ada barang yang hilang.

Satu kunci rumah Murniati hanya dipegang oleh ibunya, ibunya berkata selepas anak lelakinya itu datang ke rumah sehari sebelum pembunuhan kunci rumah Murniati di dapati hilang.

Pihak polis terus membuat kesimpulan bahawa tertuduh bagi kes pembunuhan itu merupakan orang yang dikenali mangsa berdasarkan bukti-bukti yang diperolehi.

Menurut saksi (jiran) pada jam 2.00 pagi selepas terdengar suara orang gaduh, mereka mendengar ada hentakan secara bertubi-tubi ke dinding.

Pasangan suami isteri berkenaan mengetahui bahawa mangsa tinggal sendiri, oleh kerana risau dan merasakan ada sesuatu yang tidak kena mereka pun telah mengadukan kejadian itu kepada jiran-jiran tetangga yang lain termasuklah ibu mangsa yang tinggal di kampung yang sama .

Sekitar  pukul 3.00 pagi, Murniati ditemui dengan kecederaan di muka kesan lebam akibat pukulan , bibir kanan koyak dan dipercayai maut akibat ditekap menggunakan bantal.

Murniati di katakana sedang belajar sambil bekerja ditempat kerjanya Pt Stadin Strukturindo, Annin Hudaya menjelaskan mangsa Murniati adalah pekerja yang rajin dan berbakat dalam bidang seni bina. Sebab itu, dia dipercayai untuk menangani projek seni bina pembangunan bangunan dua tingkat baru-baru ini.

Bagaimanapun pihak polis masih lagi menjalankan siasatan sama ada pembunuhan gadis berkenaan di lakukan oleh seorang atau lebih.
loading...