Isnin, 23 Januari 2017

Pantang-Larang Nenek Moyang Bunuh Sang Bedal

PENDUDUK kampung melihat buaya yang berjaya ditangkap
Kuching: Masyarakat yang tinggal di pesisir sungai di negeri ini masih percaya bahawa membunuh buaya adalah satu pantang-larang nenek moyang yang tidak boleh dilanggar.

Ketua Jabatan Sains Akuatik di Fakulti Sains dan Teknologi Sumber, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Profesor Madya Dr Ruhana Hassan berkata, cadangan kerajaan untuk membenarkan perdagangan buaya adalah langkah bijak untuk mengawal populasinya, begitu juga usaha Sarawak Forestry Corporation (SFC) mewujudkan Zon Nyah Buaya.

Bagaimanapun, katanya, di sebalik kedua-dua usaha itu, ia tidak selari dengan kepercayaan masyarakat tempatan terutama yang menetap di kawasan tebing sungai di negeri ini.

“Penduduk di kawasan pesisir sungai masih percaya bahawa membunuh buaya adalah satu pantang-larang yang tidak boleh dilanggar.

“Apa saja pegangan agama, penduduk lazimnya apabila berkaitan buaya, seboleh-bolehnya mereka tidak mahu membunuh reptilia itu kerana dikhuatiri nyawa mereka dalam bahaya ketika berada dalam sungai.-Harian Metro
loading...