Selasa, 24 Januari 2017

Tak Balik Rumah Sejak 1983, Baru Sekarang Ahli Keluarga Nak Cari Gadis Ini

Pada November 1983, Meenakshi atau lebih dikenali Meena melarikan diri daripada rumah dek kerana teringin menjadi seorang pelakon. Ketika kejadian, umur Meena dalam lingkungan 20-an.

Kini setelah 33 tahun berlalu, ahli keluarga Meena sedang dalam usaha mencari dan menjejaki wanita ini dan mengiklankan tentang kes kehilangannya.

Menurut ahli keluarga Meena, pada tahun 1983, mereka hidup susah dan tidak mempunyai wang serta kemudahan untuk mencari Meena, dan terpaksa tunda hajat mereka hingga kini di tahun 2017.


Umur Meena kini dalam lingkungan awal 60-an da hingga saat ini, Meena masih belum dijumpai. Oleh Syazwan Aizad. Sumber ERA fm
loading...