Isnin, 9 Januari 2017

Wanita Ini Kantoi Menyamar Buta Untuk Kutip Derma

Johor Bahru: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menasihatkan orang ramai tidak terpedaya dengan seorang wanita yang berpura-pura buta untuk mengutip derma di sekitar bandar raya ini.

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor Bahru Manayi Ibrahim berkata, berdasarkan gambar yang tersebar menerusi aplikasi WhatsApp dan Facebook (FB) sejak beberapa hari lalu, pihaknya mengesyaki wanita berkenaan menggunakan kad Orang Kurang Upaya (OKU) palsu atau milik individu lain.

Menurutnya, kad yang memiliki lambang JKM itu kini tidak digunapakai sebaliknya digantikan dengan kad baru.

Katanya, pihaknya berharap orang ramai yang memiliki maklumat berkaitan wanita berkenaan tampil menyalurkannya kepada JKM.

"Kami sedang mengesan wanita berkenaan susulan aduan daripada penduduk sekitar bandar raya ini.

"Sebelum ini, kakitangan JKM pernah terserempak dengan wanita itu yang menjalankan kegiatan sama di Kampung Melayu Majidee namun dia sempat melarikan diri," katanya.-Harian Metro

loading...