Rabu, 18 Januari 2017

Wanita Simpanan Dibelasah Ala Tomoi.

Bangkok- Seorang wanita yang mengetahui bahawa suaminya memiliki wanita simpanan telah hilang pertimbangan apabila dia telah menyerang serta menendang kepala kekasih gelap suaminya itu sebanyak 9 kali.

Wanita tersebut telah melakukan serangan ganas tersebut di rumah perempuan simpanan suaminya itu yang dipercayai kejadian tersebut berlaku di ibu negaraThailand.

Serangan selama dua minit tersebut menunjukkan si isteri tersebut telah menendang wanita tersebut ala tomoi di kepala dan tidak cukup dengan tendangan tersebut dia turut menampar serta menarik rambut kekasih gelap suaminya itu.

Si isteri tersebut hanya berhenti menyerang hanya selepas di tenangkan oleh rakannya yang turut datang bersamanya ke rumah wanita tersebut.

Ploy Tapadchum saksi yang merakam kejadian tersebut mengatakan bahawa "Cinta tiga segi ini bertukar menjadi ganas hanya selepas suaminya itu mengaku bahawa dia memiliki wanita simpanan."

Kerana merasa di khianati serta marah dengan perbuatan suaminya itu menyebabkan dia mahu bersemuka dengan wanita yang telah mengganggu rumah tangganya itu sebelum membelasah wanita tersebut.

Namun dapat dilihat di dalam video yang menjadi viral di media sosial itu wanita simpanan tersebut langsung tidak membalas serangan tersebut walaupun dia diperlakukan dengan teruk.

"Bagi saya, sangat kejam bila rakan si isteri tersebut hanya memandang sahaja tanpa berusaha menghalang atau menghentikan perbuatan si isteri tersebut."

"Memanglah menjadi kekasih gelap itu salah tetapi memukulnya itu salah walaupun kita juga faham perasaan si isteri tersebut,"katanya lagi.

Ploy berkata lagi dia mahu video yang dirakamnya itu tersebar supaya dapat di lihat oleh orang ramai. 

Pihak polis juga dikatakan tidak berminat untuk menyiasat kejadian tersebut kerana ianya merupakan masalah rumah tangga.
loading...