Rabu, 22 Februari 2017

3 Cara Salah Jawab Soalan 'Tell Me About Yourself' Semasa Temuduga

Kita mesti gugup kan bila tiap kali nak pergi interview sampai kita takut nak jawab soalan yang ditanya oleh majikan.

Tapi takpe, video ni tunjukkan 3 cara yang tak bagus dijawab bila majikan tanya ‘tell me about yourself’.

Soalan itu nampak remeh kan? Tapi sebenarnya itulah ‘keypoint’ utama bagi menentukan persepsi majikan terhadap kita. Janganlah sebab satu soalan mudah tu je buat majikan tak jadi nak ambil korang sebagai pekerja. 

Berikut adalah Tips Menjawab Pertanyaan Interview Ceritakan Tentang Diri Anda.

Katakan tentang diri anda

Ceritakan secara singkat dalam satu atau dua perkataan tentang Anda dan keluarga. Namun, jangan menjawap dengan kaku, seperti "nama saya.." kerana pekara tersebut sudah ada dalam resume / CV Anda dan mengatakannya kembali hanya akan membosankan sesi temuduga tersebut.

Ceritakan Pendidikan Anda

Tak perlu menceritakan pendidikan secara detil. Mulailah dari sekolah menengah atas hingga universiti.

Sebutkan Juga Pengalaman Kerja

Perlu diingat bahawa pengalaman kerja yang diceritakan sebaiknya yang berhubungan dengan posisi yang tersedia atau posisi yang anda mohon, kecuali bila diminta menceritakan secara keseluruhan di temuduga tersebut.

Pilih Bahagian Yang Menyenangkan

Kerana singkat, pilihlah bahagian cerita kisah hidup Anda yang menarik, sehingga memancing pihak mereka untuk bertanya lebih lanjut. Selain itu, nyatakan pekara yang menyenangkan juga akan mempengaruhi perasaan dan semangat Anda waktu temuduga kerja berlangsung.
loading...