Khamis, 9 Februari 2017

4 Gambar Pasangan Ditemukan Maut Dalam Kereta.

Melayu Deli Medan: pasangan yang merupakan pasangan yang sudah bertunang Ditemui mati dalam kereta pada malam minggu kelmarin

Mangsa lelaki adalah seorang anggota polis M Yusuf Ansari 22 dan pasangannya Naila Farika 21.

Kedua-dua mangsa ditemui dalam keadaan tidak bernyawa di dalam garaj kereta rumah mereka.

menurut ahli keluarga pada malam kejadian sekitar jam 11.00 elektrik tiba-tiba padam, keadaan dalam rumah panas sehingga kedua-dua pasangan itu masuk dalam kereta dan menghidupkan kenderaan dan aircond dengan ceremin kereta sekeliling tertutup.

Agus Rianto (51) ayah kandung Farika, datang ke rumah Yusuf. untuk mencari anak perempuannya kerana tidak pulang ke rumah walaupun sudah larut malam.

Mengetahui anaknya berada di dalam kenderaan bersama M Yusuf, selepas dimaklumkan ahli keluarga lain beliau berjalan ke lokasi kenderaan tersebut.

Agus Rianto terkejut setelah membuka pintu kenderaan dia melihat anak dan bakal menantunya tidak bernyawa lagi, kedua-duanya berada di kerusi hadapan dengan enjin dan aircond kenderaan masih hidup.

Pihak Polis mengesahkan kejadian Kedua-dua jenazah dibawa ke hospital untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca kematian akan tetapi pihak keluarga menolak untuk dibedah siasat.

Bagaimanapun pihak pois telah mengeluarkan surat penggesahkan bahawa tidak akan ada tuntutan dibelakang hari sekiranya kematian kedua-dua mangsa memiliki unsur jenayah.



loading...