Ahad, 5 Februari 2017

8 Kali Satu Hari, Isteri Tak Tahan Pukul Suami Hingga Pengsan.

Seorang suami Mohd Anif 35 tahun yang menjadi mangsa keganasan isteri terpaksa di kejarkan ke hospital kerana mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala selepas di pukul dengan batang penyapu.

Mohd Anif berkata pada pagi hari kejadian, isterinya kelihatan biasa sahaja dan tidak menunjukkan sebarang mod kurang baik, akan tetapi selepas dia pulang dari kerja sekitar pukul 8 malam, entah bagaimana isterinya tiba-tiba mengamuk dan mereka sempat bergaduh mulut hanya kerana elektrik tiada.

Keadaan yang gelap menyukarkan lagi keadaan sehingga kepalanya dipukul dengan menggunakan penyapu sehingga pengsan.

Isterinya yang pada awalnya hanya memukul tanpa sengaja berubah menjadi mimpi ngeri apabila suaminya tidak sedarkan diri, akibat panik dengan situasi itu akhirnya dia terus menghubungi pihak polis berhubung kejadian tersebut.

Bagaimanapun menurut siasatan awal, wanita beranak satu itu mengaku telah memukul kepala suaminya kerana marah dengan pihak TNB yang memadamkan elektrik sebanyak 8 kali pada hari itu.

Selain itu beliau juga berkata bahawa dia telah di marahi oleh beberapa pelanggan akibat kek yang dipesan tidak dapat disiapkan menyebabkan dia berasa tertekan dan melepaskan geram terhadap suaminya.eberita nusantara news
loading...