Rabu, 8 Februari 2017

Bayi 9 Bulan Bersungguh-sungguh Bangunkan Jenazah Ibu Kerana Mahu Menyusu

Seorang bayi benama Alfa berusia 9 bulan tidak berhenti-henti menangis apabila gagal mendapatkan susu dari jenazah ibunya.

Lebih memilukan kata ahli keluarga, Alfa menangis berpanjangan menanti ibunya balik ke rumah untuk mendapatkan susu badan, namun keinginan bayi berkenaan tidak tercapai apabila ibu bapanya terlibat dalam satu kemalangan jalan raya dan maut ditempat kejadian.

Penghantar jenazah berkata bahawa ketika mereka sampai di rumah mangsa sememangnya mereka terdengar tangisan bayi yang sangat kuat, kata ibu mangsa bayi itu menunggu kepulangan ibunya untuk mendapatkan susu badan, kata Bambang.

Selain itu Bambang juga mengatakan, tangisan bayi tidak berhenti walaupun beberapa orang ahli keluarga cuba menenangkannya dan  memberi susu formula namun bayi tersebut tetap menolak.

Ahli keluarga terpaksa mendekatkan bayi kepada jenazah dan bayi tersebut seperti tidak mahu berjauhan dengan jenazah ibunya, lebih memilukan lagi apabila Alfa dilihat bersunggung-sungguh mahu  membangunkan ibunya sambil mencari susu kerana mahu menyusu, saya benar-benar sedih dan tersentuh ketika itu kerana inilah pengalaman pertama saya. ujar Bambang menceritakan pengalamannya itu.

Pasangan suami isteri yang berkahwin pada 2015 lalu Miftah Abdillah 27 tahun dan isterinya Rustiana Iman 27 tahun maut ditempat kejadian apabila motor yang mereka tunggang dihempap pokok yang tumbang secara mengejut di Jalan Universitas Indonesia dua hari lalu pada waktu Maghrib.

Mereka meninggalkan anak dibawah jagaan keluarga terdekat kerana mereka ingin menghadiri majlis perkahwinan sahabat mereka. Kejadian berlaku ketika mereka sedang dalam perjalanan pulang ke rumah.

Sebelum kejadian berlaku, kedua pasangan suami isteri ini sempat mengambil gambar kenangan di majlis perkahwinan sahabat mereka itu.

Menurut saksi yang hadir ke majlis berkenaan, Rustiana Iman bersungguh-sungguh untuk bergambar bersama suaminya di majlis itu dan siapa sangka gambar berkenaan adalah lakaran memory terakhir pasangan berkenaan.

loading...