Khamis, 23 Februari 2017

Bekas Model Playboy Derita Terpaksa Buang Implan Di Payudara

Hasrat bekas model Playboy, Karen McDougal, 45, untuk menayangkan lebih lama payudara implan kepada ramai tidak kesampaian apabila dia terpaksa membuang implan berkenaan selepas mendakwa bahan berkenaan mengakibatkannya sakit.

Karen yang berasal dari Arizona, telah menjalankan pembedahan membesarkan payudara pada 1996 iaitu ketika dia berusia 22 tahun, dengan matlamat untuk kelihatan lebih seksi.

Sejak itu, dia menjadi model yang berjaya namun 12 bulan lalu, kesihatan Karen semakin terjejas apabila dia mengalami mata kabur, pengsan dan migraine.

Ini menyebabkan dia tidak dapat bekerja dan pada bulan Oktober tahun lepas, dia hanya terbaring atas katil.

Bulan lepas, Karen nekad untuk membuang implan terbabit dan sejak itu kesihatannya semakin baik.

Kini berbekalkan pengalaman berkenaan, Karen cuba menyedarkan kaum wanita supaya tidak melakukan apa yang dilakukannya itu.

“Ketika itu saya berfikir seperti setiap gadis, iaitu untuk menonjolkan diri dan mahu dada saya menggunung. Saya diberitahu ia selamat dan akan tahan lama,’’ katanya.

Karen memberitahu, selepas implan itu dibuang, dia kini lebih gembira.-MYNEWSHUB.
loading...