Rabu, 22 Februari 2017

Budak 10 Tahun Dibunuh Dengan Kejam Oleh Rakannya.

Tak sangka permintaan baju putih adalah pertanda ajal baginya”kata Asih menuturkan permintaan anak gadisnya sebelum maut dibunuh dengan kejam oleh rakannya sendiri

Anisa Putri Amelia, 10 tahun ditemui maut dalam keadaan mengerikan di Desa Margorejo lampung dipercayai dibunuh oleh rakannya sendiri disebabkan mangsa kerap mengejek kehidupan suspek yang miskin.

Jenazah Anisa ditemui pada beberapa hari lepas berhampiran sungai dengan bekas luka lebam dimuka dan memiliki luka akibat keratan dengan menggunakan senjata tajam dibahagian tangan.

Penemuan mayat berkenaan di laporkan kepada pihak polis dan telah menahan suspek yang merupakan seorang remaja lelaki berusia 14 tahun tanpa sembarang pergelutan.

Menurut pengakuan suspek, punca pembunuhan adalah bermotifkan dendam. dimana mangsa kerap mengejek adik suspek dan ayahnya sebagai satu keluarga yang miskin, motif lain adalah kerana suspek berminat dengan rantai emas mangsa.

Dimaklumkan suspek adalah merupakan peniaga kecil aksesori seperti gelang kanak-kanak dan rantai selepas habis sekolah, pada hari kejadian suspek didapati tidak berniaga selepas sholat Jumaat.

Ketika itu suspek berminat untuk mencari tebu disekitar rumah mereka dan membawa sebilah pisau dapur.

Selesai mencari tebu suspek sempat singgah ke rumah mangsa yang tidak jauh dari rumahnya dan menumpang tandas untuk buang air kecil, disitu mangsa sempat menegur suspek dan mahu membeli gelang.

Suspek kemudian mengajak mangsa ke rumahnya, sampai di depan rumah mereka suspek kemudian memegang mangsa dan mengacukan pisau.

“Anisa tertusuk pisau secara tidak sengaja kerana meronta melihat pisau yang saya acukan, saya tidak menikamnya dan pisau itu saya acukan hanya untuk menakutkannya. Kerana dia bergerak, tubuhnya terkena pisau saya. kata suspek membuat pengakuan dibalai polis berhampiran.

Suspek yang sudah panik dan takut mengheret mayat mangsa ke seberang sungai untuk menghilangkan jejak pembunuhan yang tidak disengaja itu.

Suasana pilu menyelubungi rumah mangsa pada Sabtu kelmarin manakala Aswadi, 37, yang merupakan ayah Anisa kelihatan kaku dengan tangan kanannya memegang tasbih sambil berzikir.

Manakala ibu mangsa, matanya kelihatan merah dan lebam kerana tak berhenti menangis. beliau mengikhlaskan pemergian Anisa. Namun, dia tetap meminta kepada pihak polis agar menghukum pembunuh anaknya seberat mungkin meskipun dia merupakan remaja bawah umur.

Semalam, suspek yang ditemui pemberita hanya mampu menangis dan menyesali perbuatannya, air matanya mengalir membasahi kain hitam yang menutupi wajahnya merayu agar pihak polis mengizinkannya bertemu kedua orang tuanya sekadar melepaskan rindu.



loading...