Selasa, 28 Februari 2017

Budak 6 Tahun Bawa Balik Anak Harimau Bintang Ingatkan Anak Kucing.

Seorang budak lelaki berusia 6 tahun membawa pulang dua ekor anak harimau bintang yang disangka anak kucing.

Budak lelaki ini terjumpa anak harimau bintang tersebut di tepi semak dan membawanya pulang ke rumah.

Dia memberi makan dan minum susu serta sentiasa memerhatikan mereka. Kedua ibu bapanya juga tak sedar bahawa ia bukanlah kucing tetapi harimau bintang.

Selepas jiran menyedari bahawa ia adalah harimau bintang barulah mereka perasan.  Kedua ekor anak harimau bintang tersebut dilepaskan ke hutan selepas jabatan perhutanan datang ke rumah mereka.

Pegawai perhutanan menjelaskan kehadiran anak-anak harimau bintang ini akan membahayakan budak kecil tersebut kerana mereka masih mempunyai ibu.

Anak-anak harimau bintang akan berpisah dengan ibu mereka selepas berusia 2 tahun.  Oleh: Aimi Nordin Sumber: ERA fm
loading...