Jumaat, 3 Februari 2017

Cerita Sebenar Gadis Ditelan Ular Sawa Di Kulim

Baru-baru ini viral dilaman media sosial facebook yang mendakwa seorang gadis  india telah maut akibat di telan ular sawa di kulim.

Dalam postingan tersebut turut dimuat naik beberapa keping gambar seorang gadis  india dalam keadaan mengerikan bersamaan dengan gambar ular sawa dengan perut mengembung kononya ular tersebut telah menelan seorang manusia.

Ekoran isu berkenaan pihak ibu pejabat polis daerah kulim,mengeluarkan kenyataan bahawa berita kematian seorang anak gadis yang di telan ular sawa yang dikatakan berlaku di Daerah Kulim adalah tidak benar.

Kejadian tersebut mungkin berlaku di luar Negara dan diharap mana-mana pihak tidak menyebarkan maklumat palsu ini, katanya.


Gadis india yang dikatakan menjadi mangsa ditelan ular sawa.



loading...