Khamis, 23 Februari 2017

Dijumpai Dengan Kesan Gigitan

Mangsa terbaharu sang bedal, Agnes Luang, 18 tahun yang hilang di Sungai Tapang Peking, Baram dijumpai tersangkut pada jala orang kampung.

Agnes, bekas pelajar SMK Marudi yang sedang menunggu keputusan peperiksaan SPM dipercayai disambar buaya ketika sedang mandi di sungai berkenaan bersama ibunya, kira-kira jam 6.30 petang semalam.

Mayatnya dengan hanya sedikit kesan gigitan pada bahagian belakang badan ditemui jam 11.10 pagi tadi.

Pasukan SAR menjumpai mayat berkenaan pada radius dua kilometer dari lokasi kali terakhir Agnes kelihatan iaitu berhampiran tebing sungai tidak jauh dari Rumah Panjang Jampang.
loading...