Rabu, 22 Februari 2017

Epal Merah Atau Epal Hijau? Mana Lagi Berkhasiat?

Memang sedap makan epal yang rangup sambil-sambil menonton tv kat rumah. Banyak jenis buah epal tapi yang paling popular adalah epal hijau dan merah.

Epal memang bagus untuk kesihatan. Apa taknya, an apple a day keeps the doctor away kan? Tapi mana satu yang lebih berkhasiat? Epal merah atau epal hijau?

Epal mengandungi serat, antioksida dan Vitamin C. Ia juga mampu membuatkan kita kenyang dan mengandungi kalori yang rendah.

Satu kajian dijalankan dan menunjukkan satu cawan epal hijau mengandungi 14 gram karbohidrat manakala epal merah 15 gram karbohidrat.

Epal hijau selamat untuk penghidap diabetes. Manakala epal merah mempunyai kandungan gula yang asli dan selamat. Selain itu, sesetengah orang suka buang kulit epal.


Ruginya! Kulit epal tak kisah merah atau hijau mengandungi nutrisi yang sangat baik.  Apa pun jangan diet makan epal je tanpa makan makanan lain okay? Oleh: Aimi Nordin Sumber: ERA fm
loading...