Jumaat, 3 Februari 2017

Ibu Bapa Tak Sedar Pembuluh Darah Anak Pecah Selepas Kemalangan

Jodoh, pertemuan dan juga ajal itu adalah urusan tuhan, siapa kita untuk menentang takdir, itulah mungkin yang di alami oleh sepasang suami isteri yang terpaksa kehilangan anak gadis mereka Keyla yang di sangka sihat selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya baru-baru ini.

Ramadhan berkata anak saudaranya itu baru sahaja meraikan ulang tahun, ketika dalam perjalanan balik rumah, mangsa serta ibu bapa dan adiknya menaiki motor terlanggar pintu kereta yang dibuka secara tiba-tiba.

Dalam kejadian itu, ibu bapa mangsa hanya mengalami cedera ringan, sementara Keyla tidak mengalami sebarang kecederaan.

Empat beranak berkenaan dibawa pemandu kereta berkenaan ke hospital untuk membuat pemeriksaan lanjut kerana risau dengan keadaan empat beranak itu.

Kata Ramadhan , doktor yang membuat pemeriksaan juga mengatakan bahawa keyla tidak mengalami sebarang luka.

Akan tetapi pada malam kejadian, Keyla dimaklumkan mengeluh rasa sakit diseluruh badan dan badannya mengalami kejang-kejang  sampai jari-jemari tangan Keyla bengkok dan akhirnya meninggal dunia.

Menurut ahli keluarga, Keyla meninggal dunia akibat pembuluh darahnya pecah,”kepala terhantuk ketika kemalangan menyebabkan pembuluh darahnya pecah ”, katanya ketika dihubungi pemberita.


Bagaimanapun kisah kematian Keyla dengan cara yang menyedihkan telah mengundang perihatin natizen dan juga media indonesia. harapnya kepada ibu bapa diluar sana menjadikan kisah Keyla ini menjadi pengajaran.
loading...