Sabtu, 11 Februari 2017

Ibu Bawa Anak Bunuh Diri Kerana Suami Lebih Sayangkan Burung

Seorang wanita dipercayai membunuh diri, beliau dikatakan terjun dari jambatan sungai di kampung Pemali Jawa Tengah, Indonesia. lebih memilukan wanita itu turut membawa anak perempuannya yang masih berusia 3 tahun.

Dua beranak berkenaan dilaporkan hilang, namun baru semalam anggota penyelamat menemui anaknya Assyira 3 tahun kira-kira 10 km dari jambatan dimana mangsa bunuh diri. Manakala ibunya Ayu Retno Sari 21 tahun masih belum ditemui sehingga sekarang.

Ketua Polis Daerah Pemali Wagito memberitahu ”merujuk kepada petunjuk dan saksi yang ada hasil siasatan menunjukkan mangsa bunuh diri, katanya,

Seorang saksi yang melihat wanita itu ulang-alik di jambatan sambil mendukung anaknya,

“Kedua-duanya sempat di tegur agar tidak terlalu rapat di tepi jambatan, tak lama kemudian ibu dan anak itu sudah hilang dari jambatan, penduduk yang melihat cuba turun ke bawah untuk mencari mereka namun gagal” kata Wagito

Sementara itu hasil siasatan lanjut mendapati mangsa bergaduh dengan suaminya sebelum keluar dari rumah. Katanya Ayu Retno Sari marah dengan suami yang mementingkan burung peliharaan berbanding isteri dan anaknya.

Namun pihak polis masih lagi menyiasat suami dan jiran mangsa adakah benar pertengkaran yang dikatakan berpunca dari suami yang mementingkan burung itu adalah benar.

Mayat mangsa Assyira 3 tahun yang ditemui semalam dibawa ke hospital sebelum di kebumikan, Andik hanya mampu tertunduk dan menangis melihat jasad anak bongsunya.

Saya kesal dengan apa yang berlaku, ini salah saya katanya sambil menahan air matanya yang sudah bertakung jatuh.
loading...