Selasa, 28 Februari 2017

Kehidupan Terkini Risna Wati Yang Mengejutkan

Masih ingatkah anda dengan Risna wati, seorang gadis biasa yang pernah menggemparkan laman media sosial pada tahun 2014 lalu, berkaitan video dimana dia telah memeluk kekasihnya Rais  yang terpaksa kahwin dengan wanita lain dalam sebuah majis perkahwinan.

Risna berkata pada awalnya dia hanya ingin memenuhi undangan sekaligus mengeratkan hubungan silaturrahmi pada keluarga Rais memandangkan sudah saling kenal.

Dimaklumkan sebelumnya Rais terpaksa kahwin dengan wanita lain kerana pinangannya ditolak memandangkan usia Risna ketika itu masih muda dan belum menghabiskan pelajarannya lagi.

Kisah cinta keduanya menjadi tular dilaman media sosial ketika itu, bahkan pernah di filemkan dalam sebuah drama pendek oleh pembikin filem pada tahun itu.

Tiga tahun berlalu, bagaimanakah kehidupan terkini Risna?

Menerusi wartawan pemberita, Risna sekarang sudah berusia 24 tahun dan bekerja di Pulau Sembilan Selawesi sebagai seorang bidan kampung.

Keadaan alam yang jauh dari suara bising kenderaan, alam yang senyap sunyi menjadi peneman hidupnya hari ke hari.

Hal yang paling tidak disukai adalah listrik yang hanya hidup pada malam hari sahaja hingga pemberita sukar untuk menghubungi beliau.

Namun baru-baru ini beliau telah meraikan hari kelahiran yang ke-24, seiring itu beliau telah memuat naik satu status.

“Alhamdulillah tidak terasa sekarang telah sampai usia dalam kedewasaan. Ya Allah kini aku sudah dewasa, mencuba meneruskan hidup, mencuba mengharungi hidup, jadikanlah aku seorang yang khusyuk dan tawadhu dalam menerima Hikmah dan BerkahMu..

Kebelakangan ini aku belajar tentang hidup. Belajar bahawa semua yang ada di dunia ini hanya Milik Allah semata-mata.semua mampu kau ambil pada bila-bila masa sahaja dan kau gantikan sesuai dengan KehendakMu.

Ya Allah, ajarkan aku agar tak meminta kembali yang hilang serta ajarkan padaku untuk percaya bahawa apa yang Engkau berikan adalah yang TERBAIK.

Aku pasrahkan setiap tarikan nafasku, setiap langkahku hanya padaMu sekarang dan Selamanya, semoga hari ini menjadi Semangat Baru. Hari ini usia saya memasuki 24 tahun Semoga Selalu dalam LindunganMu ya Rabb…,”luah Risna

Apabila ditanya mengenai hubungannya dengan mana-mana lelaki, beliau berkata semenjak dia dan bekas kekasihnya berpisah pada 2014 lalu, beliau sudah beberapa kali berkawan dengan lelaki, namun katanya belum menemui lelaki yang di anggap spesial.
loading...