Jumaat, 3 Februari 2017

Kerat Telinga Isteri Kerana Cemburu

Zarina telah berkahwin dengan suaminya pada usia 13 tahun, malangnya perkahwinan selama lapan tahun itu hanya mengundang penderitaan selepas suaminya memotong kedua-dua telinganya akibat cemburu.

Selepas menyerangnya, lelaki kejam itu melarikan diri dari rumah mereka di Balkh di Afghanistan.

Ketika menceritakan kejadian tersebut, Zarina memberitahu, dia sedang tidur apabila suaminya bangun pada tengah malam dan mengejutkannya. Lelaki itu kemudiannya mengikat Zarina dan mula memukulnya.

Tidak cukup dengan pukulan berkenaan, lelaki tersebut telah memotong kedua-dua telinga Zarina.

“Suami saya melayan saya dengan teruk. Saya tidak dibenarkan melawat ibu bapa saya dan dia sentiasa curiga dengan saya. Dia menuduh saya bercakap dengan lelaki lain ketika saya mahu melawat ibu bapa saya,” katanya.

Zarina memberitahu hubungan dengan suaminya juga tidak baik dan dia juga sebelum ini berhasrat untuk bercerai dengan suaminya.


Meskipun Zarina trauma dengan apa yang berlaku kepadanya tetapi keadaannya kini stabil dan masih dirawat di hospital.
loading...