Khamis, 9 Februari 2017

Menikah Dengan Mayat Kekasih Mati Bunuh Diri

Seorang pemuda yang baru sahaja menjadi muallaf sanggup menikah dengan kekasihnya yang meninggal dunia akibat meminum racun rumput (bunuh diri)

Lelaki yang dikenali sebagi Ahmad Khaidir menikahi Erni sebelum di kebumikan pada khamis lalu di Desa Lampoko Sulawesi.

“Dia kekasih anak saya meminta agar diizinkan melangsungkan ijab kabul walapun anak saya telah meninggal dunia,” kata  Wati ibu mangsa.

Permintaan Ahmad Khaidir untuk menikahi mayat kekasihnya di setuju ahli keluarga, keduanya pun dinikahkan oleh imam Masjid Lampoko sebelum jenazah di kebumikan.

Sebelum memeluk islam Ahmad Khaidir beragama kristian, hubungan cinta mereka dihalang oleh kedua orang tua kerana perbezaan agama.

Kerana itu Ahmad menukar agama dengan agama islam dan sudah meminang Erni, menurut ahli keluarga majlis pernikahan anak mereka sudah dirancang dalam masa terdekat.

Punca Erni meminum racun hingga mati masih menjadi misteri, semua orang yang mengikuti berita kematian Erni tertanya-tanya, bahkan bapa mangsa Ahmad haidir juga tertanya-tanya yang mereka tahu bahawa Erni mati akibat minum racun rumput.

Sewaktu dikejarkan ke hospital, dia hanya meminta maaf telah merbuat salah. Setelah itu, dia tak sdarkan diri hingga meninggal,” kata ibu mangsa, kepada pemberita.

Kisah cinta pasangan ini menjadi tular dilaman media sosial hingga menimbulkan beberapa persoalan apakah pernikahan dengan mayat dibolehkan dalam islam?

Bagaimanapun menurut ulama pernikahan dengan mayat tidak dibolehkan dalam islam, pekara itu senada dengan Majlis Ulama indonesia (MUI) .

“Dunia sudah terbalik, tapi hukum Allah jangan diterbalikan, Perkawinan dengan mayat tidak sah baik secara syariat Islam maupun hukum negara. pernikahan dengan jenazah melanggar hukum Allah SWT sehingga hukumnya haram. katanya disini hari ini.
loading...