Khamis, 2 Februari 2017

Mimpi Didatangi Arwah Anak,Ibu Dedah Misteri Pembunuhan Kejam


Harapan seorang ibu yang sedih dan buntu kerana kematian anaknya yang dibunuh dengan kejam tidak mampu dirungkai polis, ditambah lagi dengan tekanan ekonomi yang susah menemui titik terang selepas dia mendakwa mendapat petunjuk dari mimpi yang berulang-ulang dari arwah anaknya Irmayani 24 tahun yang ditemui maut pada Januari yang lalu dalam keadaan separuh membusuk selepas dua hari tidak balik rumah.

Yusliani 56 tahun yakin bahawa mimpinya itu adalah petunjuk untuk merungkai misteri pembunuhan anaknya yang menjadi misteri hampir 3 minggu, beliau berkata pihak polis medan tembung , pembunuh anak gadisnya itu adalah tidak lain dan tidak bukan adalah kekasih anaknya itu sendiri.

Dijelaskan Yusliani, pada malam pertama dia bermimpi di datangi oleh arwah anaknya tapi dalam mimpi itu anaknya hanya diam dan menangis, pada malam kedua dia bermimpi semula , dalam mimpi itu Irma mengaku dibunuh empat orang, dua wanita dan dua orang lelaki, salah satunya adalah kekasihnya sendiri yang dikenali sebagai Ar.

Dalam mimpi tersebut Irma mengatakan dia dibunuh dibawah pokok sawit tak jauh dari lokasi penemuan mayat. kata Yusliani di iringi suaminya, Saleh yang hanya duduk diam dengan mata layu dengan harapan pembunuh anaknya itu segera di tahan.

Sejurus itu, pihak polis terus ke tempat penemuan mayat untuk membuat tinjauan lokasi yang disebut Yusliani sesuai arahan dari mimpi.

Hanya berjarak 150 meter dari lokasi penemuan mayat, pihak polis menemui powerbank, selipar yang dipercayai milik Ar dan bukan itu sahaja, pihak polis juga menemui batu-bata dipenuhi dengan percikan darah yang sudah menghitam.

Atas penemuan itu, pihak polis merasa kesal kerana sebelumnya Ar sempat ditahan untuk di minta keterangan atas pembunuhan itu, namun dilepaskan semula kerana tidak cukup bukti.

Sejurus itu pihak polis Melayu deli Medan tembung Percut Sei Tuan, Kompol Boy J terpaksa campur tangan dan telah menahan reman 7 orang, beberapa di antaranya  dipercayai terlibat pembunuhan tersebut, bagaimanapun katanya Ar kini masih dalam pemburuan pihak polis.

Suara tangisan sayup-sayup dari lokasi penemuan mayat.

Nek Ijah 61 tahun penduduk setempat yang tinggal tidak jauh dari penemuan mayat Irma, mengaku mengalami beberapa hal menyeramkan selepas kejadian itu.

Katanya Nek Ijah selalu mendengar suara jeritan meminta tolong tepat di lokasi mayat mangsa ditemui. selain itu suara tangisan perempuan sayup-sayup sambil minta tolong kerap kali didengarinya.

Tidak hanya Nek Ijah, beberapa penduduk yang lalu di jalan itu juga kerap kali merasa ada sesuatu yang janggal, seperti tercium bau wangian bunga kadang-kadang bau busuk.


Hingga kini jalan berkenaan tidak ada seorangpun yang berani melaluinya selepas Maghrib, hal itu dilihat selepas Maghrib, jalan yang biasanya ramai dilalui penunggang motor, kini sepi seperti tanah perkuburan.


loading...