Selasa, 28 Februari 2017

Model Dibelasah Teruk Kekasih Hingga Pecah Implan Payudara

China – Tidak tahan didera bertahun-tahun oleh teman lelakinya, seorang model dari China mengambil keputusan mendedahkan jenayah keganasan yang dilakukan lelaki tersebut baru-baru ini.

Model terbabit, Wang Rui’er memuat naik gambarnya di laman sosial Weibo menunjukkan kesan kecederaan dan lebam-lebam yang dialaminya selama ini.

Memetik Metro UK, tidak setakat lebam-lebam sahaja, malahan implan yang ditanam di bahagian kanan payudaranya turut pecah akibat dibelasah teman lelakinya itu.

“Kami bercinta sejak tiga tahun lalu. Saya mengaku pada awalnya saya memilih dia disebabkan wangnya, tapi sepanjang tempoh itu juga saya terseksa dengan layanannya yang sering memukul dan mencederakan saya.

“Tapi kalau diikutkan saya bersamanya bukanlah sebab duit semata-mata. Kalau nakkan kekayaan ramai lagi lelaki lain yang boleh berikan kemewahan kepada saya. Tapi saya sanggup bertahan dengannya selama tiga tahun!

“Sehinggalah malam tadi, dia menumbuk dan memukul saya tanpa belas kasihan sehingga menyebabkan payudaranya saya hampir ‘meletup’, di saat itu saya baru tersedar yang saya sudah tidak boleh lagi bersamanya.

“Saya dah putus dengan dia, jadi berambus dari hidup saya,” tulis model itu di laman tersebut.

Pendedahan mengejutkan itu telah menyebabkan pengguna Weibo tertanya-tanya kenapa Wang tidak pernah melaporkan hal tersebut kepada polis.

Wang mengecapi populariti sejak memasuki sebuah pertandingan pencarian model pada 2012.

Dia telah melakukan pelbagai pembedahan plastik di tubuh badan dan paras wajahnya malah pernah mendapat tawaran membintangi filem lucah Jepun namun Wang menolak pelawaan tersebut.
loading...