Sabtu, 4 Februari 2017

Penemuan Bayi Dalam Tandas Dedah Perkahwinan Sejenis

Penemuan seorang bayi yang masih bertali pusat di dalam tandas telah menggemparkan Kota Tanjungbalai pada Khamis yang lalu.

Lebih mengejutkan apabila orang yang membuang bayi itu adalah pasangan sejenis iaitu sama-sama perempuan.

Saksi kejadian yang telah menemui bayi, Hendra berkata bahawa dia telah mendengar tangisan dibelakang rumahnya sekitar jam 4.30 petang, setelah diperiksa dia menemui bungkusan plastik dengan kesan percikan darah.

Penemuan bayi tersebut di laporkan kepada pihak berkuasa Tanjungbalai, setelah menjalankan siasatan, muncul seorang penduduk yang mendakwa melihat seorang penduduk setempat iaitu Eman berumur 24 tahun telah membuang sesuatu di tandas awam berkenaan.


Pihak polis yang telah menerima maklumat terus membuat pemeriksaan, Eman di dapati sedang terbaring lemah dirumahnya kira-kira 50 meter dari lokasi penemuan bayi tersebut, polis membuat pemeriksa sama ada Eman yang diceritakan oleh penduduk kampung merupakan seorang wanita merupai lelaki yang baru bersalin.

Keadaan pun berubah bising apabila Polis mendapati bahawa Eman merupakan seorang perempuan. Eman selama ini mengaku dirinya merupakan duda beranak satu mengahwini seorang perempuan penduduk setempat, perkahwinan mereka berlangsung 4 bulan lalu di kampung tersebut.

Hingga kini pihak polis masih belum menemui punca Eman mengandung dan isterinya masih lagi dalam pemeriksaan, sementara bayinya di bawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

loading...