Rabu, 8 Februari 2017

Penyokong Najib Penuhi Ruang Komen Taip #RespectMyPM Sebanyak 2 Kali.

Seperti yang kita ketahui baru-baru ini harga minyak telah meningkat naik lagi sebanyak RM0.20 seliter sehinggakan netizen mengecam hebat kenaikan itu yang dirasakan menambahkan lagi beban rakyat Malaysia.

Berikutan itu, tidak terlepas juga facebook Perdana Menteri kita telah diserang secara bertubi-tubi oleh orang ramai dengan 20¢ di ruangan komen beliau.

Namun begitu seminggu selepas kejadian facebook tersebut diserang, kini muncul pula penyokong Datuk Seri Najib yang menyokong di ruang komen dengan perkataan #RespectMyPM.

Ini dapat dilihat di ruangan komen beliau yang menunjukkan penyokong-penyokongnya memberikan komen sebanyak dua kali #RespectMyPM seakan-akan ingin mempernampakan bilangan penyokong yang ramai.

Setiap posting dapat dilihat bahawa komen-komen tersebut merupakan orang yang sama memberikan kata-kata sokongan #RespectMyPM kepada Datuk Seri Najib.

Seorang pengguna facebook bernama Fatimah Dehan dan Fauzi Khalid dilihat telah mengepos komen #RespectMyPM sebanyak lima kali dalam satu posting sebagai tanda yang dia menyokong kuat Datuk Seri Najib.








loading...