Ahad, 19 Februari 2017

Remaja 15 Tahun Mengaku Dirogol Lebih 50 kali

Kes pencabulan seksual terhadap seorang remaja wanita kembali terjadi,mangsa yang berusia 15 tahun terpaksa merelakan tubuhnya diratah lebih dari 50 kali bermula pada bulan 10 tahun lalu oleh seorang lelaki yang dikenalinya melalui laman mendia sosial facebook

Kejadian yang berlaku di tanah Melayu Deli Medan disedari oleh ibu mangsa selepas di maklumkan oleh yang mengenalinya bahawa gambar bogel anak gadisnya tersebar dilaman media sosial sejak selasa lalu.

Ibu mangsa kemudian menanyakan hal itu kepada anaknya dan mangsa mengaku sudah berkali-kali disetubuhi oleh lelaki bernama Amit 36 tahun.

Mangsa menceritakan kepada ibunya, pada awalnya mereka hanya berkenalan dilaman media sosial facebook yang kemudiannya hubungan itu menjadi rapat hingga terjalin hubungan cinta.

Hubungan cinta mereka mula mencapai ke tahap membimbangkan apabila mangsa berjaya dipujuk untuk melayani nafsu suspek dalam talian (seks Phone) serta bertukar gambar bogel.

Sejak daripada itu mangsa kerap kali di paksa oleh suspek, jika tidak mahu melayaninya dalam talian gambar bogelnya akan disebar kelaman media sosial.

Dalam satu pertemuan, mangsa berjaya dipujuk untuk melakukan hubungan intim selepas di ugut dan tanpa disedari mangsa Amit secara diam-diam telah merakam segala apa yang mereka lakukan ketika itu.

Sejak daripada itu, Amit kerap memaksa  mangsa melakukan hubungan intim jika tidak mahu video dan gambar ketika mereka melakukan hubungan intim disebarkan.

Mangsa yang merasa takut terpaksa mengikuti kemahuan Amit sehinggalah semuanya terbongkar selepas sekeping gambar tersebar dilaman media sosial, suspek yang ditahan pada tengah hari tadi bagaimanapun  telah mengakui perbuatannya dan disabitkan dengan akta UUD perlindungan anak iaitu lima belas tahun penjara.
loading...