Sabtu, 25 Februari 2017

Rupa-rupanya Isteri Lahirkan Anak Jantan Lain

Tindakan seorang suami membakar motosikal isterinya mengundang padah apabila anggota badannya disambar api di Kampung Tok Pulau, Perlis.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang Selasa lalu, suspek yang berusia 32 tahun menyimbah petrol ke atas motosikal isterinya sebelum api menyambar tong petrol ditangannya.

Kejadian tersebut dikatakan berlaku apabila suspek tidak berpuas hati selepas mengetahui isterinya telah melahirkan anak dipercayai hasil hubungan terlarang.

Lebih menambahkan kemarahan suspek apabila isterinya mahu anak hasil bersama lelaki lain berbinkan nama suspek dalam sijil kelahiran bayi berkenaan.

Bermula dari pertengkaran mulut, suspek mula bertindak ganas kerana berasa tercabar dengan perbuatan isterinya yang dikatakan sangat melampaui batas agama.

Media tempatan melaporkan, Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew berkata, suspek melecur hampir 50 peratus di bahagian belakang badan dan berjaya ditangkap penduduk kampung sebelum diserahkan kepada pihak polis.

Menurutnya, siasatan mendapati pasangan suami isteri itu tinggal berasingan sejak dua tahun lalu dan pada masa sama isteri suspek menjalinkan hubungan bersama lelaki lain.

Suspek kini menerima rawatan di Hospital Fauziah (HTF) dan kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api.
loading...