Khamis, 23 Februari 2017

Shah Rukh Khan Letak 6 Syarat Ni Buat Sesiapa Yang Mahu Mendekati Anak Gadisnya

Bukan setakat punya anak-anak lelaki yang kacak, tetapi Shah Rukh Khan juga punya seorang gadis yang semakin hari semakin cantik, Suhana.

Berusia 16 tahun, ramai lelaki yang cuba mendekati Suhana. Tapi nampaknya Shah Rukh Khan tak akan semudahnya membiarkan anak perempuannya didekati mana-mana lelaki.

Menerusi sebauh temubual SRK menjelaskan dia meletakkan 6 syarat kepada sesiapa yang mahu mendekati satu-satunya anak perempuannya.

1. Mesti mempunyai pekerjaan

2. Shah Rukh Khan tak akan pernah menyukai mereka

3. Shah Rukh Khan akan ada dimana-mana

4. Suhana adalah puteri Shah Rukh Khan, bukan hak mereka

5. Shah Rukh Khan tidak kisah jika dipenjara demi menyelamatkan puterinya

6. Jika perkara buruk terjadi pada puterinya, Shah Rukh Khan akan melakukan perkara sama pada mereka

Wah! Itulah tugas seorang ayah yang ingin melindungi anaknya. Oleh: Aimi Nordin Sumber: ERA fm
loading...