Rabu, 22 Februari 2017

Video Syarikat Di US Cipta ‘Superbike’ Terbang Pertama Di Dunia

KUALA LUMPUR – Diinspirasikan daripada ‘drone’ yang kini semakin popular di serata dunia, sebuah syarikat di San Francisco baru-baru ini mencipta motosikal boleh terbang dikenali sebagai ‘Scorpion-3’.

Laporan Mail Online menyebut, pengeluar Scorpion 3 – Hoversurf – menggabungkan teknologi ‘drone-quad-copter’ dengan motosikal ala ‘superbike’ satu tempat duduk yang dikawal sepenuhnya oleh pemandu, dalam kes ini ‘rider’ tersebut.

Sebagai langkah keselamatan, Hoversuf cuma mengehadkan ketinggian terbang motosikal tersebut pada altitud 10 meter dan kelajuan maksimum hanya 48 kilometer sejam.

Scorpion-3 boleh menampung berat sehingga 120 kilogram dan mampu terbang tanpa henti selama 27 minit.

Batasan kelajuan dan altitud itu kata Hoversurf adalah bagi mencegah kemalangan.

Dan, sesuai dengan nilai estetika superbike pada rekaannya, motosikal ini dijual dengan harga USD150,000 atau bersamaan RM668,435, sebuah.

Pada waktu ini, Scorpion-3 masih dalam peringkat pembangunan dan masih belum dijual di pasaran.

Namun, syarikat berkenaan berharap untuk menjual produk tersebut sebaik sahaja kenderaan ini mencapai spesifikasi yang ditetapkan.
loading...