Selasa, 21 Februari 2017

Tak Sempat Tunai Janji Belajar Mengaji Bersama Rakan

Niat seorang kanak-kanak yang ingin menolong orang dan ingin menunaikan solat ke masjid tidak kesampaian apabila dia terlibat kemalangan dan meninggal duniaditempat kejadian.

Dimakumkan dalam kejadian yang berlaku tengah hari semalam di jalan Dramaga Bogor Indonesia kanak-kanak yang belum diketahui identitinya itu dikatakan menyeberangi jalan dalam perjalanan ke masjid untuk menunaikan janji bersama rakan-rakan.” solat dan belajar mengaji di masjid berkenaan”

Ketika mangsa berada ditengah jalan helmet seorang penunggang motorsikal terjatuh, mangsa kemudian cuba untuk menolong  mengambil helmet berkenaan tanpa memerhati keadaan sekeliling.

Saksi berkata, mangsa sebelumnya hampir dilanggar oleh sebuah kereta dan terjatuh ketika cuba berlari kearah helmet, kereta berkenaan sempat mengelak namun dibelakang kereta tersebut terdapat sebuah lori yang tidak sempat mengelak dan terus menggilis mangsa hingga badannya terputus dua.

Menurut siasatan awal mangsa bukanlah orang kampung disitu, berkemungkinan dia penduduk kampung berhampiran yang datang ke masjid berkenaan atas ajakan rakan-rakan sekolahnya untuk belajar mengaji bersama, kata Fachri salah seorang saksi.


loading...