Isnin, 27 Februari 2017

Video Aksi Lincah TMJ Ketika Bermain Bola Sepak Jadi Tular.

Umum mengetahui pengumuman pasukan Harimau Selatan, Johor Darul Ta'zim (JDT) yang akan mendaftarkan pemilik kelab mereka Tunku Mahkota Johor (TMJ) , Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai pemain.

Oleh kerana itu, tular rangkuman aksi TMJ bermain bola sepak dengan 'skil' dan gol jaringannya di muat naik di laman sosial.

KiniTV menyiarkan aksi Tunku Ismail bermain bola bersama para pemain JDT yang mendapat respon positif para peminat bola sepak tanah air.

Menerusi satu kenyataan di akaun rasmi Johor Southern Tigers, Tunku Ismail yang juga pemilik pasukan JDT itu bakal didaftarkan sebagai pemain Harimau Selatan itu selepas jendela perpindahan pemain dibuka pada bulan Mei ini.

Tindakan ini nyata mampu menyuntik semangat pasukan itu dalam usaha mempertahankan dua lagi kejuaraan yang sudah dimenangi musim lalu iaitu Piala FA dan Liga Super selepas terpaksa merelakan Piala Sumbangsih terlepas ke tangan Kedah, awal Februari lalu.

"JDT akan melaksanakan tiga perubahan pada jendela perpindahan bulan Mei ini antaranya adalah mendaftarkan Tunku Ismail yang juga adalah pemilik pasukan ini sebagai pemain.
loading...