Sabtu, 25 Februari 2017

Video Anggota Bomba Membawa Tong Gas Yang Sedang Terbakar Keluar

Xiangyang, China: Seorang anggota bomba di sini, dianggap wira apabila mempertaruhkan nyawanya dengan membawa tong gas yang sedang terbakar keluar dari sebuah bangunan kediaman.

Tong gas berkenaan yang berada dalam sebuah apartmen di wiayah Hubei, tengah China, terbakar kejadian kira-kira jam 6 petang, Rabu lalu.

Apabila pasukan bomba tiba, mereka mendapati injap tong gas berkenaan yang rosak, tidak boleh ditutup dan menyedari tong itu perlu dibawa keluar sebelum ia meletup.


Menurut nbc26, Anggota bomba Wan Wentao kemudian mengangkat tong gas yang sedang terbakar itu dan membawanya menuruni tangga beberapa tingkat, keluar dari bangunan.

Api pada tong itu berjaya dipadamkan 10 minit kemudian menggunakan air.

Anggota bomba itu yang dikatakan melecur sedikit menyatakan dia berbuat demikian kerana tahu tong gas berkenaan perlu dibawa keluar segera.

Difahamkan tong gas berkenaan terbakar ketika pemilik rumah berkenaan sedang memasak untuk makan malam.

Bagaimanapun, ia bukan kali pertama anggota bomba China bertindak demikian kerana menurut Daily Mail, pada Mei 2016, seorang anggota bomba juga membawa tong gas yang sedang terbakar keluar dari tingkat lima apartmen di Kunming selepas gagal memadam kebakaran itu di dalam rumah.
loading...