Ahad, 19 Februari 2017

Video Dan 8 Gambar Gadis Miliki Jantung Di Luar.

Los Angeles: Budak perempuan berusia tujuh tahun ini mungkin kelihatan seperti kanak-kanak normal lain tetapi dia dianggap gadis luar biasa kerana mempunyai jantung di luar dadanya.

Virsaviya yang berasal dari Russia mengalami keadaan dikenali sebagai thoraco-abdominal yang berlaku satu dalam sejuta kelahiran.

Biasanya bayi yang mengalami keadaan ini tidak mampu hidup lama tetapi Virsaviya mampu menari dan berlari seperti kanak-kanak lain.


Jantung Virsaviya boleh dilihat berdegup di bawah tulang rangkanya dengan diliputi kulit nipis untuk melindungi organ itu.

“Saya suka berjalan, melompat dan berlari walaupun saya dinasihatkan tidak berlari,” katanya-Harian Metro



loading...