Selasa, 14 Februari 2017

Video Dan Gambar Kucing Jadi Mangsa Serangan Seksual Oleh Manusia

Sungguh malang nasib mu putih, luah Drs Syafitri seorang guru sekolah menengah di Riau setelah mengetahui kucing kesayanganya sakit akibat buatan manusia yang tidak bertanggung jawab.

Katanya kucing yang diberi nama siputih itu, baru ditinggalkannya dalam beberapa jam di rumah, tiba-tiba anaknya menghubunginga dan memaklumkan bahawa siputih dalam keadaan tenat dan darah tidak berhenti menetes dari kemaluannya.

Beliau kemudian berpatah balik semula dan membawa siputih ke klinik haiwan Tembilahan, setelah diperiksa, doktor haiwan menggsahkan siputih menjadi mangsa serangan seksual oleh manusia.

Menurut doktor Iswendi siputih sakit kerana ada sesuatu benda tumpul masuk kerahim kucing hingga mengakibatkan pendarahan teruk.

Sementara menurut Drs syafril tuan kucing berkata bahawa beberapa kanak-kanak disekitar rumahnya melihat siputih di pengang dan dicium-cium oleh seorang lelaki (suspek) sebelum dibawa kebelakang rumah, setelah beberapa lama suspek dilihat menghantar siputih semula dalam keadaan lemah tidak berdaya.

Katanya dalam keadaan itu kemungkinan besar siputih merangkak berlahan masuk semula ke dalam rumah dengan darah menetes dari kemaluannya sebelum ditemui anaknya,  dengan adanya bekas cakaran di tetesan darah  lantai depan rumahnya

Bagaimanapun keadaan siputih sudah semakin membaik, tapi makan masih di suap, kata Drs Syafril ketika dihubungi pemberita.

loading...