Jumaat, 3 Februari 2017

Video Lelaki Lepaskan Tembakan Di Majlis Kahwin

Satu majlis perkahwinan yang diadakan di sebuah gereja bertukar menjadi igauan ngeri apabila seorang lelaki secara tiba-tiba muncul dan melepaskan tembakan ke arah tetamu, menyebabkan tiga orang mengalami kecederaan.

Lelaki tersebut, Umberto Ferreira dos Santos, atau dikenali sebagai Betinho, telah melepaskan tembakan di gereja di Alagoas, Brazil, bagi membalas dendam terhadap dua mangsa yang cedera itu susulan kematian anak lelakinya.

Mereka yang menjadi sasaran Betinho ialah Cicero Barbosa da Silva, 62, anaknya, Edmilson Bezerra da Silva, 37. Seorang lagi mangsa yang cedera adalah isteri Cicero.

Cicero kini berada dalam keadaan stabil selepas pembedahan. Dia dan Edmilson merupakan suspek utama dalam kes bunuh anak Betinho.

Mereka menghadiri majlis perkahwinan itu selepas dijemput sebagai saksi perkahwinan oleh pasanga pengantin tersebut.

Cicero berkhidmat dengan kerajaan negeri manakala salah seorang sepupunya adalah Ahli Parlimen di situ.

Sebelum Betinho menembak Cicero dan Edmilson, dia telah menuduh mereka bertanggungjawab terhadap kematian anaknya. Polis kini sedang mengesan Betinho.-mynewshub.cc
loading...