Sabtu, 4 Februari 2017

Video Lelaki Tampar Dan Tendang Jururawat

Beijing – Seorang pegawai kerajaan digantung kerja selepas rakaman video menunjukkannya menampar seorang jururawat kerana tidak menyediakan kerusi roda untuk ibu bapanya.

Kejadian itu dilaporkan berlaku Rabu lalu di Huxian, wilayah Shaanxi, China dengan rakaman berkenaan menunjukkan lelaki itu menampar serta menendang jururawat terbabit sambil menjerit.

Dia kemudian menamparnya berulang kali dan menjerit lagi.

Lelaki itu kemudian menampar wanita berkenaan sekali lagi sebelum menarik rambut dan menolaknya ke lantai.

Orang ramai yang lalu lalang cuba menghalangnya dan polis akhirnya datang selepas dihubungi pihak hospital.

Menurut hasil siasatan, lelaki terbabit dipercayai kakitangan kerajaan dan sudah digantung daripada jawatannya sehingga siasatan selesai.-Harian Metro
loading...